Latif Romly Menang Emas, Sekali Nama Remy Ishak Yang Kena Petik.

Seperti bermusim, nama aktor kacak Remy Ishak sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila wajahnya dikatakan mirip dengan atlet lompat jauh, Latif Romly.

Perkara tersebut menjadi bualan netizen dalam ruangan komen di beberapa hantaran mengenai kemenangan Latif pada Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

RAMAI mend4kwa Latif dan Remy memiliki wajah yang seiras. Foto – K! ONLINE

Kebanyakan netizen memuji rupa paras kacak Latif selain mendakwa wajahnya mempunyai iras pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

TANGKAP layar komen netizen yang memperkatakn tentang wajah dua jejaka berkenaan.

“Sudah macam Remy Ishak wajah Latif. Inilah wira kita,” komen seorang pengguna TikTok.

“Mak saya kata persis Remy Ishak,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, selain Remy, terdapat juga netizen yang menyamakan wajah Latif persis pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen turut mendoakan agar Latif segera sembuh daripada kec3deraan yang dialaminya semalam.

Semalam, nama Latif menjadi bualan h4ngat sehingga sohor kini dalam Twitter selepas memenangi pingat emas ketiga buat negara pada temasya sukan tersebut.

Sehingga semalam, kontinjen atlet paralimpik negara berjaya meraih tiga emas bagi sukan angkat berat, badminton dan lompat jauh.

Manakala, satu pingat perak pula dihadiahkan oleh atlet sukan boccia.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *