KWSP- Pengeluaran One Off Sebanyak RM10k Berbaloi Ke? Ini Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu..

Matlamat Yang Tepat
‘M4tlamat yang tepat’ adalah sewajarnya diadaptasikan ke atas program i-Sinar mahupun i-Lestari. Tujuan utama kerajaan mewujudkan i-lestari dan i-sinar untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah bertujuan membantu rakyat Malaysia yang terjejas pendapatannya dikala musim p4ndemik Cov1d-19.

Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak berkata, KWSP masih mampu melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari walaupun berhadapan dengan harga saham yang agak rendah kini.

Aset Kwsp Masih Kukuh

Menurut Barjoyai, jumlah aset KWSP masih berada pada tahap yang kukuh dan tinggi bagi melaksanakan program i-Sinar dan i-Lestari 2.0 kerana hasil tinjauan terdahulu mendapati ia dapat membantu rakyat walau untuk jangka masa yang pendek.

Namun begitu, kebanyakan golongan b40 sudah mengeluarkan hampir kesemua simpanan dan kebanyakan mereka mempunyai baki caruman kurang daripada RM 1, 000.

Oleh itu, pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari 2.0 sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin terutama golongan B40 dan T20. Sekiranya ia dibuka, b40 yang ‘lebih memerlukan baki pinjaman’ kurang mendapat manfaat berbanding golongan b40 dan t20 yang lain asbab dari hilangnya potensi dividen yang akan diterima.

Membantu Sektor Ekonomi

Pengeluaran yang dibuat secara one-off maksimum RM 10, 000 oleh mana-mana pemilik akaun KWSP bukanlah sesuatu yang neg4tive. Hal ini kerana, ia dapat membantu dalam sektor ekonomi yang dipanggil sebagai ‘kesan pengganda’.

“KWSP sudah mengeluarkan lebih dari RM 78 bilion daripada pendeposit di bawah i-Sinar, namun ia masih menunjukkan prestasi keuntungan yang baik”

Sumber Gambar: Sinar Harian

Walau i-Sinar dan i-Lestari dilihat dapat membantu dalam jangka masa yang pendek, namun bagi pemilik akaun yang masih mempunyai baki, mereka masih mempunyai peluang untuk menikmati faedah yang ditawarkan pihak KWSP. Namun begitu, program ini tidak seharusnya diteruskan untuk jangka masa yang lama.

Bagi yang memiliki akaun KWSP, mereka bertuah kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka dikala pa4demik C0vid-19. Alhamdulillah. Namun, apakah nasib golongan b40 yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Sumber: AppleHijau , SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *