(Video) Kucing Mkn Durian Ketika Sesi PdPR Tarik Perhatian Netizan. “Skali s4lah ulang lagi, 10x s4lah? untung..”

Gelagat seekor kucing yang makan durian semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah mencuit ramai hati warga media sosial. Video yang dimuat naik oleh Siti Nurjanah dalam group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini turut ‘dishare’ oleh warga FB yang lain.

Video yang kelihatan seorang pelajar lelaki yang sedang membuat rakaman bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya yang bertajuk kucing.

Kucing miliknya itu bukan sahaja ‘fokus’ makan durian ketika dia memberikan keterangan namun kucingnya itu turut terbaring di hadapan tuannya apabila kenyang makan buah durian.

“Bertuah lah cik kucing..dpt masuk video tugasan PdPR, sekali silap, ulang lagi sekali. Kalau 5 kali silap? untung ..”

“Lemak naik kemata tidur terus.”

“Tu diaaa..tumbang terus.”

Sumber: FB Siti Nurjanah, Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *