Individu Ini Terjmpa ‘Kota Tnpa Penghuni’ Di Bwh Laut.. Bila Diselidiki Rupa-rupanya…

Tidak asing lagi dengan penemuan pelbagai lokasi-lokasi yang mist3ri di bumi ini. Ada di daratan mahupun di dasar lautan, ada juga yang zahir dan ade juga yang alam sebaliknya.

Baru-baru ini, satu kot4 mister1 dijumpai di dasar laut sekitar perairan Mexico yang dikongsi oleh laman TikTok Secret On Google Earth hasil daripada tinjauan ‘lensa’ satelit Google Earth.

Penemuan beberapa struktur yang berwarna hitam di perairan itu di’zoom’ bagi mendapatkan image paparan yang lebih jelas. Hasilnya, image yang dipaparkan merupakan sebuah kota di dasar laut. Namun, ‘kota’ ini tidak berpenghuni.

“Mungkin ‘kota’ ini bandar Bikini Bottom, tempat tinggal Spongebob..”-Netizen.

Gambar kelihatan seolah-olah seperti meja, kerusi dan antena.-news.com.au

Bagaimanapun, kebenaran ‘kota’ itu terungkai apabila ia merupakan kawasan tapak semaian batu karang yang dinamakan Snapper Ledge Reef, yang terletak di perairan Gulf of Mexico yang berhampiran Florida. Kawasan ini dibawah pengurusan Pusat Santuari Marin Negara Florida.

Ia dibangunkan sebagai usaha untuk membiakkan lagi kehidupan hidupan marin itu selain daripada mengelakkannya diancam kemusnahan dan kepupusan akibat dari peningkatan suhu air laut serta radiasi UV.

Kini, ia merupakan tapak semaian batu karang yang ke-3 terbesar di dunia dan merupakan satu-satunya tapak semaian batu karang di Benua Amerika.

Komen Netizen

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

[Olahan Semula: Info Malaya]

Sumber: SiakapKeli, News.com.au

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *