“Kosong hidup tanpa ibu dan ayah..” Tul4r Gambar Tulisan Di Bag Rider Buat Ramai Seb4k..

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan menulis perkataan ‘Al-Fatihah Umi dan Abah’ di beg penghantarannya mengundang seb4k netizen.

Foto penghantar makanan berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook FoodPanda Rider Malaysia turut tul4r dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Gambar rider tersebut yang tular di laman sosial. Foto – K! ONLINE

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa seb4k di samping turut mendoakan penghantar makanan itu dipermudahkan segala urusannya dan sentiasa tabah.

“Al-Fatihah. Salam takziah, semoga Allah beri kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki buat adik ini,” kata Adawiah.

“Kosong hidup tanpa ibu dan ayah. Al Fatihah,” luah Muhd Faris.

“Jika nampak rider di jalanan doakan mereka selamat sampai ke rumah. Mungkin anak dan isteri sedang setia menanti. Mereka berhujan berpanas mencari rezeki, apa salahnya kita tadahkan tangan mendoakan mereka,” kata Hisham.

Komen Netizan

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber: K! ONLINE, Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *