“Kita pun tk nk Bt Kerja Slekeh..” Pernah Hasilkan 7 Album & 70 Lagu, Saiful Apek ‘Tangkis’ Dakwaan Tak Relevan Masuk GV8!

Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Saiful Apek tampil ‘menang.kis’ dak.waan sesetengah pihak yang memper.tikai.kan kehadirannya bersama Yassin dalam program itu.

Menurut Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, persetujuan dibuat antara dia dengan pihak produksi dan ia membabitkan keputusan dua hala.

“Mungkin pihak produksi mahukan kami dan pada masa sama saya bersama Yassin pun tiada masalah untuk tidak ambil peluang ni. Keputusan dua hala.

“Layak atau tidak, soalan itu berbalik kepada produksi. Sebenarnya saya tanya juga apa relevannya kami.

“Tapi mungkin mereka dah buat research tentang kami, officially saya dan Yassin kira sudah termaktub dalam kumpulan Senario dan kami ada tujuh album dan 70 lagu.

“Lagu pun ada beberapa yang masuk ke AJL, kita pun dari segi jualan album pun sudah pernah mencecah platinium semua.

“Macam Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro Raqim Ahmad kata sebelum ini, be fair kepada semua.

“Rasanya tiada apa pertikaian kot bila kita melibatkan orang yang pernah hits dan pernah meraih dan mendapat pengiktirafan, kekal lama carta dalam radio dan televisyen ketika itu,” katanya.

Jelas Apek lagi, pihak produksi juga berjaya meyakinkan dan membuatkan dia rasa ‘belong’ dalam pertandingan tersebut.

“Mereka berjaya yakinkan kami belong kat dalam pertandingan itu untuk bersaing.

“Kami bukan membawa label pelawak semata-mata, macam generasi sekarang yes mereka pelawak, tiada album, tiada konsert, tiada lagu masuk pertandingan sebagainya.

“Pada saya, nak melalui proses untuk menjadi peserta pastinya banyak saringan dan layer. Tak semudah disangka, jika kita pelawak oh kita senang masuk. So basically, kita lalui semua proses,” katanya

Tambah Apek lagi, dia dan Yassin juga tidak mahu dibayangi Senario semata-mata.

“Kita bukanlah nak menyanyi komedi saja dalam tu. Kita bersaing setiap minggu ada tugasan, ada tema, itu cabaran.

“Paling saya pasti, kami rasa lebih ‘secure’ apabila ada yang akan guide kami macam Tokram dan cikgu Siti Hajar.

“InsyaAllah kita rasa kerja ni akan dijaga rapi. Kita pun tak nak buat kerja selekeh kerja co.mot,” katanya.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *