Kisah Di Sebalik Watak But4 Kassim Selamat. Rupanya Dari Kisah Benar Yg Berlaku Kepada Ayahanda P.Ramlee Sendiri..

Dalam filem Ibu Mertua Ku kita semua telah disajikan dengan sebuah naskah berat karya dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Cerita asal dari Allahyarham Ahmad Nisfu ini telah berjaya menjentik emosi peminat filem Melayu dari dahulu sehingga kini.

Melalui filem Ibu Mertua Ku, P.Ramlee telah diiktiraf sebagai Bakat Serba Boleh (Most Versatile Telent) di Festival Filem Asia Pasifik ke-10 yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1963.

Anugerah Bakat Serba Boleh ini hanya dimiliki oleh P.Ramlee sahaja di dalam dunia. Ketegori ini tidak pernah lagi dipertandingkan di mana-mana anugerah filem dalam dunia selepas P.Ramlee menerimanya sehingga sekarang.

Apa yang saya ingin kongsikan adakah anda semua tahu mengapa P.Ramlee “membut4kan” watak Kassim Selamat di dalam filem ini?

Sebenarnya watak Kassim Selamat yang buta matanya disebabkan men4ngis setiap hari kerana meratapi pem3rgian isterinya Sabariah (lakonan Sarimah) dalam filem ini adalah merujuk kepada kisah benar yang berlaku kepada ayahanda P.Ramlee sendiri iaitu Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim.

Selepas P.Ramlee meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948, Teuku Nyak Puteh dikatakan sering kali berduka dan men4ngis kerana merindukan anak tunggalnya itu. Walaupun pada peringkat awal beliau merestui kepergian P.Ramlee dalam mengejar cita-citanya, tetapi jiwanya mer1ntih sepi dipeluk rindu yang mendalam. Oleh kerana beliau seringkali menangis dan berduka, perkara ini telah mengakibatkan mata beliau menjadi but4.

Dalam satu kejadian lain, Teuku Nyak Puteh pernah meminta rakan-rakannya membawa beliau ke panggung wayang untuk menonton filem lakonan P.Ramlee. Walaupun beliau tidak dapat menonton filem berkenaan kerana matanya but4, dapat mendegar suara anaknya itu sudah cukup bagi melepaskan rindunya terhadap P.Ramlee.

Sejak P.Ramlee menjejakkan kaki ke Singapura beliau tidak berpeluang untuk pulang ke Pulau Pinang atas sebab kekangan jadual kerja yang padat. Pada masa yang sama P.Ramlee sedang berada di puncak kemasyhuran bermula dari tahun 1950. P.Ramlee hanya sempat mengirim wang dan surat kepada kedua ibu bapanya melalui abang tirinya Syeikh Ali.

Selepas 5 tahun mengejar cita-cita di rantau orang, P.Ramlee akhirnya pulang ke Pulau Pinang menemui keluarganya pada tahun 1953. P.Ramlee tidak menyangka dan turut berduka dengan nasib yang menimpa ayahandanya itu. Tetapi Teuku Nyak Puteh tetap memberi semangat kepada anaknya itu supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya. Teuku Nyak Puteh meningg4l dunia pada tahun 1955 ketika berusia 53 tahun.

Begitulah pendekatan seorang seniman agung dunia Melayu dalam berkarya. P.Ramlee sentiasa melihat keadaan yang berlaku disekelilingnya dan mentauladani pengalaman yang pernah beliau lalui untuk menyatakan dan menterjemahkan seninya kepada masyarakat.

P.Ramlee menjadikan filem sebagai wadah dalam menyampaikan makna, menentukan agenda, menyebar propaganda, menabur b3nci, membakar semangat, membaja kasih sayang dan membenih rasa cinta.

Al-Fatihah buat Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Gagak di rimba yang masih bertakhta di belantara seni.

Alam nan luas

Banyak gunung dan banyak jurang

Wahai anak, dan banyak jurang

Gunung tinggi engkau daki

Jurang dalam engkau jauhi

Kalaulah aku boleh MEMANDANG

Aku pandu engkau berjuang

Kalaulah besar anakku sayang

Ses4l ayah kerana tidak dapat memandang”

Teks : HAR

Sumber: Syeikh Ali (Abang tiri P.Ramlee), Nasir P.Ramlee, Omar Hashim Omara, Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

Kredit: Repair Gambar Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *