Kisah Ank Saudara Henry Cavill Yg Mengaku Pakciknya Superman, Tetapi Dikatakan Berkh4yal Oleh Cikgunya..

Siapa tak kenal watak superhero paling terkenal didunia sejak dahulu lagi, Superman!! Superman adalah watak fiksyen adiwira yang dicipta syarikat terkenal ‘DC Comic’ pada tahun 1938. Bermula dengan sebuah komik tempatan, watak adiwira ini menjadi sangat terkenal sehingga diadaptasikan sebagi sebuah filem.

Bermula pada tahun 1978, filem Superman boleh dikatakan berjaya apabila filem itu berjaya menarik ramai peminat diserata dunia sehinggan hari ini. Ramai pelakon terkenal melakonkan watak ini, tetapi watak yang paling digemari peminat adalah Henry Cavill.

Bermula pada tahun 2013, Henry Cavill telah berjaya menarik minat ramai penonton melalui lakonan hebatnya dalam filem yang bertajuk ‘Man Of Steel’. Namun disebalik kehebatan Henry Cavill memegang watak Superman, ada kisah lucu disebaliknya.

Gara-gara anak saudaranya yang bernama Thomas, dia terpaksa ke sekolah anak saudaranya bagi membetulkan keadaan dan menyelematkan anak saudaranya dari di3jek rakan sekelas.

Semua terjadi apabila Thomas, memakai baju atau kostum Superman kegemarannya ke sekolah. Namun sampai sahaja disekolah Thomas telah disoal oleh gurunya mengapa memakai pakaian seperti itu.

Dengan bangga dan bersahaja Thomas menjawab, “Sebab pakcik saya adalah Superman..” Lantas cikgunya menerangkan pada Thomas bahawa Superman hanyalah watak fiksyen dan tidak pernah wujud.

Tetapi apa yang menarik perhatian adalah, Thomas masih tetap dengan pendiriannya bahawa Superman itu adalah pakciknya. Oleh sebab itu, Thomas dipanggil masuk ke pejabat sekolah dengan segera.

Pihak sekolah telah memberi amaran ker4s kepada Thomas supaya jangan sesekali mempengaruhi atau mengajak kawannya didalam dunia fantasinya.

Ibu Thomas ketawa je bila tahu pasal amaran tu! Terus suruh Cavill pergi sekolah untuk ‘selamatkan’ anak saudaranya.

Kisah itu diceritakan sendiri oleh Henry Cavill disebuah rancangan tv.

Sumber: FB Maldivian Superman, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *