“Sorang Melayu, Sorang Mat Salleh..” Kembar R4re Tarik Perhatian Rmai, Rupanya Ada Kisah Lucu Disebaliknya..

Noor Azlinee A.Kadir dan pasangannya dikatakan lebih empat tahun menunggu akan kehadiran cahaya mata. Pelbagai usaha dilakukan seperti menjalani rawatan kesubvran menggunakan l4ser di pusat perubatan, Kelantan.

Berkat kesabaran mereka, 4khirnya membuahkan hasil apabila mereka dikurniakan sepasang kembar yang cukup istimewa apabila salah seorang bayinya memiliki warna kulit dan rambut yang cerah.

Kini, pasangan kembar itu telah berusia enam tahun. Pasangan kembar ini diberi nama Che Muhammad Sollehin dan Che Muhammad Asyraf.

Sollehin (kiri) bergambar bersama kembarnya, Asyraf

Che Muhammad Sollehin digelar ‘Mat Salleh-Korea’.

Ada kisah lucu

Noor Azlinee turut berkongsi kis4h lucu sewaktu melahirkan anaknya itu. Menurutnya, Che Muhammad Sollehin dilahirkan secara normal manakala adiknya, Che Muhammad Asyraf dilahirkan secara pembed4han ce4sarean sejam kemudian.

“Masa dia keluar memang saya terkejut sedikit sebab nampak macam putih tapi doktor terus bawa ke bilik sebelah dan memanggil suami saya”

Jururawat masing-masing menghilang diri dan pergi ke bilik sebelah sebab nak tengok bayi albino. Menurut mereka, bayi albino yang bermata merah hanyalah satu dalam sejuta. Bayi itu berada dalam keadaan yang normal sahaja.

“Suami saya pula, lepas azankan anak dia keluar tanya mak saya ‘kita ni ada keturunan orang putih ke?’ Mak saya terkejut, peelik dengan soalan menantunya itu tapi apabila dia sendiri yang tengok anak saya, dia pun terkejut”

Si suami berkata, setiap kali dia pergi jenguk anak, ramai doktor yang tengok anak saya dan masing-masing teruja.

Namun begitu, Azlinee hanya dapat melihat anaknya itu pada keesokan hari selepas melahirkannya.

“Bila saya sedar, emak dan suami memberitahu perihal anak saya itu namun saya tak boleh nak bayangkan putih yang macam mana, rupa macam mana. Memang tak sabar nak tengok sendiri”

“Bila melihat dia, saya rasa teruja sebab Allah bagi sesuatu yang istimewa dan semestinya ‘bersebab’, saya memang tiada sedikit pun rasa kec3wa tetapi lebih kepada tak sangka dengan apa yang saya dapat”

Pada mulanya, Azlinee tidak menyangka hamil anak kembar kerana Sollehin hanya ‘muncul’ sewaktu kandungan berusia 3 bulan. Namun begitu, Azlinee dan keluarga hanya diberitahu akan kehadiran anaknya itu pada bulan ke-4 kerana sebelum ini, jantungnya tidak fully developed. Doktor memaklumkan setelah ‘scan’ mengesahkan bahawa dia hidup.

“Nak cakap albino pun mungkin dia hanya di peringkat awal sebab dia boleh keluar main p4nas malah tidak ada masalah buka mata dan silau tidak seperti kanak-kanak albino yang lain”

Menurut Azlinee, dia telah membawa anaknya itu berjumpa pakar kulit dan mata namun tiada sebarang mas4lah melainkan dia r4bun jauh sedikit, itu pun tidak perlu memakai cermin mata lagi kata doktor.

“Orang kata albino kebiasaannya ada keturunan namun kami kurang pasti, tetapi ayah kepada nenek budak ini memang berkahwin dengan mat salih mata biru, dia nie generasi ke-8 manakala saya dan suami ada keturunan Cina”

Kanak-kanak yang cerdas dan aktif

“Otak dia cekap dan sangat cepat belajar, cikgu ajar sekali dah boleh ingat”

“Bila saya ajar baca Al-Quran, dia sangat mudah tangkap”

Namun begitu, pasangan kembar ini mempunyai personaliti yang sangat berbeza bagai langit dengan bumi.

Sollehin gemar akan makanan kampung dan sayur air kerana membesar di kampung sehingga usia setahun setengah barulah ibunya membawa dia tinggal bersama di Bangi. Dia juga susah nak makan namun selepas ikhtiar dengan pelbagai kaedah termasuklah diberikan madu, dia sangatlah berselera sekarang. Tak dilupakan juga, Sollehin seorang yang peramah.

“Sollehin ajak saya pergi ke rumah jiran ketika di Bangi, orang tu pintu pagar pon tak buka, macam mana nak pergi main.”

Adiknya, Asyraf seorang yang sangat susah nak makan dan lebih pendiam yang mana dia hanya bercakap bila perlu sahaja.

Kini, mereka sekeluarga menetap di Bukit Bunga, Kelantan. Azlinee juga berkata bahawa Sollehin seorang yang tidak boleh ‘simpan rahsia’. Oleh itu, mereka lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.

“Mulut dia spontan, banyak hal-hal penting tak boleh cakap depan dia…”-Suami Azlinee

“Dia dekat kampung akan jalan sorang-sorang pergi bercakap dengan jiran sebelah rumah, habis cerita dia buka, skali dengan benda yang kami rahsia pun dia cerita. Kadang bila orang tanya, kami jadi terpunga-pinga siapa yang bagitahu semua ini.” ujar Azlinee lagi.

Menjadi perhatian dimana-mana sahaja

“Kami selalu ke Thailand, jadi kami check-in hotel dan ade yang menegur ‘eh datang lagi’, mereka ingat kami asbab dia”

“Kami pernah pergi satu majlis ni, dekat situ penuh dengan mat salih, mereka ajak anak saya bergambar sebab rambut warna sama”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


[Olahan Semula: Info Malaya]

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *