“Katakan hello kepada..” Sam Bunkface Dedah Wajah Anak, Ini Nama Yang Dipilihnya…

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam buat pertama kalinya mend3dahkan wajah dan nama anak keduanya iaitu Idris hasil perkahwinan keduanya bersama isteri, Puteri Eifa Ezrin Mohd. Kushairi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sam atau nama lengkapnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom,34, berkongsi foto dirinya bersama isteri serta wajah comel anaknya, Idris.

“Katakan hello kepada Idris bin Shamsul Annuar. Alhamdulillah,” tulisnya dalam Instagram.

Meninjau dalam ruangan kom3n, rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut menitipkan ucapan tahniah dan doa kepada Sam atas kelahiran cahaya mata lelaki itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)


“Alhamdulillah. Tahniah,” ujar seorang pengikutnya.

“Keluarga yang cantik. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan untuk awak dan keluarga. Amin,” komen seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Sam yang juga abang kepada pelakon, Siti Saleha itu sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq yang kini berusia empat tahun. Namun, pasangan ini bercera1 sekitar Januari 2019.

Sam kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada 10 Disember 2020.

Sumber : Kosmo, Ig Sam Bunkface

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *