‘Sampai S0ld 0ut…’ Terb0ngkar Individu Sebenar Yg Jual Kata2 Smangat Dlm Shopee.

Adam Lokman, 29 (jurutera sokongan teknologi maklumat, IT) terkejut kerana perniagaannya yang baru sahaja berusia seminggu itu mendapat sambutan ‘h4ngat’ dan ada yang berminat untuk membeli.

‘Kata nasihat sudah terjual sebanyak 600 setakat ini dengan harga 20 sen satu.’

‘Sebanyak 30 karikatur sudah terjual sejak tempahan dibukanya yang berharga RM 2 per item.’

Walaupun niat asalnya hanya untuk mencuba keberkesanan platform jualan dalam talian, namun kata-kata nasihat dan lukisan karikatur yang diiklankannya meraih jualan.

“Saya tak tahu apa yang boleh dijual jadi cuba iklankan kata nasihat dan lukisan. Isteri dan kawan saya turut bantu kongsikan. Tak sangka ramai yang menghantar mesej di ruangan sembang akaun saya tidak lama selepas itu.”Katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, kata nasihat itu ditulis berdasarkan kisah pembeli manakala karikatur dilukis berpandukan gambar kiriman mereka. Kata nasihat dan karikatur yang sudah siap diberikan kepada pembeli menerusi ruangan sembang.

“Antara cerita s3dih saya terima setakat ini adalah mengenai luahan seorang wanita baru kegvguran bayi dalam k4ndungan.”

Adam yang juga jurugambar sambilan sejak 10 tahun lalu itu berkata dia tidak berniat untuk meraih keuntungan, hanya 20 sen diambil daripada jualan kata nasihat walaupun dibeli lebih daripada satu dan yang selebihnya dimasukkan dalam tabung b4ntuan. Hanya keutungan hasil lukisan diambil sepenuhnya.

Adam Lokman dan isterinya.

Tambahannya lagi, kebanyakan karikatur yang ditempah dilukis oleh isterinya, Riashuhaiza Maidin, 28.

Dia dan isterinya akui tidak pandai melukis dan juga bukan datang dari bidang itu namun mereka seronok kerana dapat membuat mereka tersenyum.

“Alhamdulillah, mereka gembira malah ada yang terhibur melihat hasilnya kerana menganggap ia lucu.”

Sumber : Hmetro, Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *