“Kan elok tak pkai filter..” Ada Yg Kec4m Sbb Slalu Guna Filter, Ini Respon Padu Tokti.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna media sosial menggunakan filter untuk memberi efek lebih menarik kepada video atau gambar yang diambil. Selain kesan edit, filter di media sosial turut memberikan kesan lucu yang menghiburkan.

Namun, lain pula yang terjadi kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti apabila dia dikr1tik gara-gara menggunakan filter.

Dakwa individu itu, penyanyi kesayangan ramai itu lebih cantik dengan muka semulajadi tanpa sebarang efek solekan yang mel4mpau.

Siti Nurhaliza walau bagaimanapun menjawab, menggunakan filter dapat memberikan kegembiraan buat dirinya.

Menurut Siti lagi, sekali sekala dia sendiri memerlukan sesuatu yang positif untuk menaikkan mood happy. Apa sal4hnya kan?

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut mempert4hankan Siti Nurhaliza dengan berkata efek yang disediakan sememangnya membuat mereka terhibur.

Sebagai pengguna, tiada salahnya jika orang ramai mahu menggunakannya asalkan tidak melampaui batas.

Kredit: TikTok @chokyumin_94

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *