“Kali pertama berlaku..” [VIDEO] Pengacara Terg4mam, PM Tiba2 Tnya Soalan Mcm Ni..

Tiga pengacara televisyen yang mengendalikan program bual bicara bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam terg4mam apabila Perdana Menteri pula secara spontan bertanyakan soalan kepada mereka.

Menerusi rancangan tersebut, Perdana Menteri kelihatan ‘sporting’ apabila mengambil alih tugas sebagai hos dengan bertanya soalan kepada ketiga-tiga pengacara itu mengenai maksud Keluarga Malaysia.

Soalan spontan ditanyakan itu turut mendapat reaksi positif daripada pengacara terbabit selain disifatkan sebagai jarang berlaku dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri.

Video Tersebut:

Menurut salah seorang pengacara itu, Azaria Tagaya, beliau menyifatkan perkara seumpama itu pertama kali dilaluinya apabila ditanyakan soalan oleh Perdana Menteri.

“Datuk Seri rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kita soalan dalam wawancara eksklusif. Nanti beliau ambil kerja kita pula selepas ini,” katanya.

Azaria menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya turut mengakui terk3jut apabila secara tiba-tiba diajukan soalan sedemikian.

“Bila Perdana Menteri pula tanya pengacara. Terg4mam jugalah, sedang dalam wawancara eksklusif dengan Perdana Menteri, tiba-tiba Perdana Menteri tanya soalan kepada pengacara,” tulisnya.

Sementara itu, video berkenaan yang dikongsi di akaun TikTok sebuah televisyen swasta turut tul4r dengan mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.

Lebih menarik, ramai menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang berperwatakan ‘sempoi’ berikutan pandai membuat jen4ka selain tidak mewujudkan jarak antara pemimpin dan rakyat.

Sumber: K! ONLINE, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *