“Kalau saya tahu pun, saya akan…” – Zizan Razak Ulas 1su Pelawak Did4kwa Terlibat K3s Pemerd4gangan Manusia.

MELAKA – Pel4wak yang yang juga pelakon popular , Zizan Razak tidak akan mendedahkan identiti seorang ‘rakan’nya yang kini disi4sat berhubung k3s pemerd4gangan manusia bagi menutup 4ib individu tersebut.

Akui bintang filem Polis Evo itu, sejak beberapa hari lalu dia dihujani pertanyaan berkenaan identiti sebenar pelawak yang disiasat termasuk mesej secara terus (direct message) menerusi laman media sosia, Instagram.

“Ada yang mesej saya secara peribadi tanya siapa (pelawak) yang terlibat, tetapi saya memang tidak tahu.

“Saya pun terkejut dengan apa yang dil4porkan dan malam tadi baru saya semak mesej serta ‘google’ berkenaan isu tersebut. Saya pun tanya orang dan orang lain pula tanya kepada saya,” kata Zizan ketika ditemui pemberita selepas program sumbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Zoo Melaka, hari ini.

Zizan ditemui selepas program sumbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Zoo Melaka, hari ini. Foto – K! ONLINE

Mengulas lanjut, pelawak berusia 37 itu berkata, sekalipun mengetahui identiti sebenar pelawak yang terlibat, dia tetap memilih untuk ‘menutup mulut’ bagi menjaga 4ib rakan yang pernah sama-sama mencari rezeki dalam dunia komedi tanah air.

“Pada saya, kalau saya tahu pun saya lebih memilih untuk menutup 4ib. Jadi, sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan m4salah berkenaan.

“Saya harapkan yang baik-baiklah untuk rakan-rakan pelawak ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)


Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *