“Jual tudung? Maaf, saya lebih suka membeli.” -Izara Aishah

Pelakon Izara Aishah kekal dengan pendiriannya untuk tidak akan mengeluarkan jenama tudung sendiri walaupun dilihat terbabit dengan promosi koleksi sebuah jenama terbaharu tudung Shawl Publika.

Izara atau nama lengkapnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin menjawab ciapan seorang netizen yang terpegun dengan koleksi tudung yang disangka jenama kepunyaan dirinya.

“Lawanya koleksi tudung Izarah Aishah by Shawl Publika,” tulis netizen berkenaan.

Izara, 29, kemudian menjawab: “Bukanlah. Izara (saya) jadi model untuk produk mereka sahaja. Nama koleksi Zara. Kalau Izara Aishah kena bayar lebih.”


Terdahulu, beberapa hari selepas membulatkan niat bertudung penuh, pelakon filem Pilot Cafe itu bertegas bahawa hijrahnya menutup aur4t bukan disebabkan keinginan untuk muncul dengan sebarang jenama produk tudung sendiri.

Meskipun sudah berhijab sepenuhnya, menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu belum berhasrat untuk melancarkan koleksi pakaian Muslimah milik sendiri

Menerusi Twitter, Izara memberi alasan dia lebih gemar membeli tudung yang hendak digayakannya berbanding daripada menjual tudung. Dia juga malas memikirkan soal bisnes sementelah anak kecil yang harus diberi keutamaan.

“Jual tudung bukan sesuatu yang saya nak buat. Maaf, saya lebih suka membeli.

“Saya selalu teringin nak lancarkan jenama baju sendiri tetapi buat masa sekarang malas. Sangat sibuk menjaga nyawa kecil saya (anak) dan sudah cukup gembira dengan bisnes lain,” ciapnya.

Pada 14 Ogos lalu, Izara mengejutkan peminatnya selepas tampil  berhijab dan memadam semua gambarnya yang tidak bertudung dalam Instagram.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *