Ikan M1steri Berd4rah Panas Ditemui Ditepi Pantai, Kini Dibekukan Bagi Penyelidikan..

Opah ditemui terdampar di sebuah pantai di utara Oregon, Amerika Syarikat dan telah disahkan m4ti oleh Tiffany Boothe, Penolong Pengurus Seaside Aquarium.

“Pihak kami tidak pasti bagaimana Opah m4ti, namun sebelum ini ia baik-baik sahaja..”-Boothe

Opah yang juga dikenali sebagai ‘moonfish’ seberat 45 kg dan berukuran kira-kira 1 meter panjang itu dijangka boleh membesar lebih dari 6 kaki. Ia pertama kali ditemukan di kawasan pantai itu.

Ahli biologi dari Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Perikanan memberitahu portal Stuff bahwa pakar percaya perubahan iklim mungkin menjadi faktor penemuan ikan itu di pantai tersebut.

“Opah diyakini sejenis ikan yang berdarah panas..”-NOAA

“Ikan ini misteri, banyak yang belum diketahui mengenainya..”-NOAA

Menurut NOAA, hanya sedikit penyelidikan mengenai biologi dan ekologi asas Opah telah dilakukan dan penemuan bangkai ini dapat membantu dalam aspek penyelidikan secara lebih terperinci.

“Isi perut dapat membantu menentukan apa yang dimakannya serta di mana mereka tinggal. Kerangka ikan akan disimpan dan dipamerkan.”-Boothe.

Ikan gergasi seberat 45kg ditemukan di sebuah pantai di utara Oregon. – Foto Seaside Aquarium.

Ikan gergasi berwarna oren dan perak terang ini mendapat liputan Daily Star pada 19 Julai 2021.

Sumber: Daily Star, IM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *