“Ia seperti menghin4 pekerjaan saya..” Syafie Naswip Tergvris Digel4r ‘Retis’.

Pelakon Shafie Naswip memohon kepada peminatnya atau sesiapa sahaja supaya tidak memanggilnya dengan gelaran ‘retis’ (artis) kerana menganggap perkataan tersebut seolah-olah satu penghin4an terhadap pekerjaannya sebagai pelakon.

Ujar Syafie atau nama lengkapnya Mohd. Shafie Naswip, 29, dia tidak berniat untuk meny4kiti hati sesiapa, cuma berharap supaya net1zen tidak menggunakan gelaran ‘retis’ kepadanya.

“Hi semua. Minta m4af kalau status saya ini menyent4k hati beberapa pihak. Saya cuma ingin tegaskan kalau boleh, jika ingin bergembar, menyapa saya atau membalas komen saya dalam Instagram, elakkan menggunakan perkataan ‘retis’.

“Gelaran itu sedikit sebanyak seperti menghin4 pekerjaan saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip)


Ujar pelakon drama Budak Tebing itu lagi, dia mahu supaya net1zen menggelarkannya sebagai pelakon atau pemeran. Jika tidak, memanggil namanya sahaja sudah cukup memadai.

“Kalau boleh cukup anda gelarkan saya pelakon atau pemeran daripada menggunakan panggilan itu (retis),” ujarnya.

Tambah Syafie, dia mengakui hatinya tergvris setiap kali gelaran ‘retis’ itu digunakan kepadanya oleh netizen, namun hanya sekadar mampu tersenyum.

“Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa. Tapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan, perkataan itu sangat menggvris hati saya.

“Harap anda semua memahami,” luahnya.

Sumber: K! ONLINE, IG Syafie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *