“Hidup Ini Persinggahan, Dahulu Saya Banyak Dos4..” -Harris Alif

Pelakon dan penyanyi, Harris Alif tidak men4fikan bahawa keadaan dunia yang terumb4ng-4mbing disebabkan v1rus Cov1d-19 membulatkan tekadnya untuk mendekatkan diri dengan agama.

Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, berkata, dia sedar yang selama ini banyak bergelumang dengan dos4 namun tidak bermakna dia tidak layak untuk mendapatkan peng4mpunan daripada Allah SWT.

“Apabila ramai orang-orang yang kita kenal pergi mengh4dap Ilahi secara tiba-tiba terutama disebabkan Cov1d-19, semakin saya sedar hidup di dunia ini hanya sementara. Sekadar persinggahan yang singkat.

“Banyak perkara yang disebutkan dalam kitab suci, al-Quran kita sudah nampak berlaku di depan mata sekarang. Hari-hari kita diberitakan kem4tian kenalan seperti semuanya di hujung telinga sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! online sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)


Ujar Harris yang merupakan suami kepada pelakon Intan Ladyana itu, perubahan yang dilihat daripada kaca mata orang ramai tidaklah berlaku secara mend4dak kerana sebelum ini pun, dia sudah lama berubah ke arah lebih baik sebagai seorang Muslim namun tidak didedahkan kepada umum.

“Dah lama saya berubah ke arah yang lebih baik sebagai Muslim tapi tidaklah saya dedahkan dalam media sosial,” ujarnya.

Katanya lagi, perubahannya sekarang tidak membuatkan langkahnya sebagai seorang penyanyi dan pelakon terhenti begitu sahaja kerana dia percaya, keberadaannya dalam industri seni adalah ketentuan Ilahi.

“Allah dah tentukan saya jadi seorang artis. Mungkin dengan menggunakan platform yang diberikan oleh-Nya, dapat saya berdakwah melalui seni.

“Saya takkan tinggalkan bidang ini selagi Allah tak izinkan. Tapi pada masa sama, perlahan-lahan kita terus berubah ke arah kebaikan dan diredai-Nya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)


“Lagi pun, ramai kawan-kawan yang masih mencari rezeki dalam bidang ini. Tak elok kalau saya cakap nak tinggalkan bidang ini sedangkan masih ramai lagi menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka,” ujar Harris.

Bekas juara program Idola Kecil musim 3 itu turut memberitahu bahawa, dia berasa seronok melihat perubahan ditunjukkan rakan-rakan seperjuangan dalam industri yang mendekatkan diri kepada agama.

“Tengok perubahan kawan-kawan seperti Nabil Ahmad membuatkan saya rasa seronok untuk terus mendalami ilmu agama. Kalau dahulu banyak buat dos4, tak bersyukur dengan nikmat Allah, sekarang saya mula lebih mengenal tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

“Terima kasih kepada kawan saya Harris Annuar yang memperkenalkan saya kepada Ustaz Ebit Lew. Sebenarnya, jauh lagi perjalanan saya untuk jadi Muslim yang sempurna. Tapi, semakin dalam saya mendekatkan diri dengan agama, semakin saya merasakan kemanisan hidup,” katanya lagi.

Terdahulu, Harris Aliff mencvri tumpuan netizen apabila kian berkongsi untaian foto dengan Ebit Lew menerusi entri terbaharu dalam Instagram miliknya. Menerusi entri yang dimuat naik, dia berkopiah dan berkongsi petikan ungkapan berunsur Islamik.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *