“Harap Netflix tawar buat kisah hidup..” DSV Buat Penjelasan, Skali Lain Pula Yg Netizan K0men.

Kisah tarik tali antara usahawan k0smetik sensasi Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli masih belum menemui titik noktah apabila isu antara mereka semakin mel3ret sejak beberapa hari lalu.

Semuanya gara-gara tindakan Vida yang datang ke kediaman Iqbal pada pukul 3 pagi untuk menghantar sebentuk cincin kepada lelaki itu.

Vida kemudian tampil mempert4hankan diri dengan menjelaskan tujuan sebenar dia datang bertemu Iqbal hanyalah untuk menyelamatkan Iqbal yang sudah dis1hir.


Selepas memuat naik video penjelasan beberapa jam lalu menerusi Instagramnya, perkongsian Vida menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak dapat menahan ‘mu4k’ gara-gara rentetan isu tersebut yang belum berkesudahan.

Ruangan komen dibanjiri reaksi daripada netizen yang meminta usahawan itu berhenti memanjangkan isu berkenaan memandangkan Iqbal sendiri sudah menjelaskan bahawa dia tidak dis1hir, sebaliknya cuma pen4t.

Selain netizen, isu berkenaan turut mendapat perhatian ahli perniagaan Engku Emran yang meninggalkan komen gurauan sinis agar platform penstriman Netflix menawarkan usahawan itu untuk menerbitkan kisah hidupnya.

“Saya harap satu hari nanti Netflix akan tawarkan untuk buat kisah sebenar tentang hidup Datuk Seri yang penuh dengan komedi.

“Banyak pahala Datuk Seri menghiburkan kami selama ini. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan,” tulis suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila itu.

Komen Engku Emran menerima lebih 150 tanda suka daripada netizen yang tidak menyangka lelaki itu juga mengikuti perkembangan kisah antara Vida dan Iqbal.

Tidak ketinggalan, pelakon Nad Zainal turut mencuit hati netizen apabila meninggalkan komen berbaur lucu.

“Datuk Seri, Facetime dan panggilan video kan ada?” soalnya ringkas.

Terdahulu, Vida dan Iqbal merancang mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang tetapi berdepan pelbagai konfl1k seperti tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida dan sebagainya.

Tidak setakat itu, Iqbal turut memberitahu hatinya sudah t4war dan telah membat4lkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida.

Sumber: K! ONLINE, IG DSV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *