“Smoga Mrah Rzeki Adik Nii…” Hanya Buka Kedai 2 Jam Sehari, Durian L4ris Gara2 Timbang Isi Sahaja..

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Nur Hajar, beliau memuat naik seorang peniaga menjual durian secara timbangan.

Durian yang dijual tanpa kulit itu amat jarang sekali dijumpai dan dilakukan oleh peniaga lain.

Kedai itu terletak di sebuah lebuh raya, yang menghubungkan Universiti Utara Malaysia di Sintok dan Changlun.

Malah, harga durian tanpa kulit itu dijual pada harga sangat berpatutan, iaitu RM25/kg.

Malah, Hajar juga mengucapkan terima kasih kepada penjual ‘jujur’ itu.

“Semoga murah rezeki adik ni”- ujar Hajar dalam ruangan Facebooknya.

Perkongsian Hajar itu berjaya dikongsi sebanyak 6,200 kali.

Peniaga itu dikenal sebagai Mohd Izzuwan Ismail dan beliau mendapat idea untuk berniaga menggunakan teknik timbangan itu setelah beberapa kali membeli durian burμk.

“Jika saya sendiri berasa mar4h apabila terbeli durian burμk, orang lain pun sama saja. Malah mungkin ada yang menyμmpah-nyμmpah peniaga durian.”

 “Saya mahu pelanggan berpuas hati dan dapat melakukan akad jual beli dengan rasa senang hati,”ujarnya.

Ekoran jualan ‘jujur’ itu, beliau berjaya menjual sebanyak 200 biji setiap hari dan selepas bisnes dia menjadi viral, beliau hanya menjual dalam 2 jam sehari, bermula pada jam 10 pagi.

“Alhamdulillah, walaupun berniaga di hujung kampung saya berjaya jual lebih 200 biji durian setiap hari.”

“Setakat ini pelanggan banyak yang ulang beli di gerai saya dan belum ada yang datang merungut,” tambahnya.

Sekadar pekongsian dan terima kasih.

Sumber: Info Awani

[1] Ruukan, Says

[2] Gambar 1, 2 dan utama, Nur HajarSays dan mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *