“Yang penting ikhlas…” -Individu Ini Sanggup Gna Gaji Sndiri Tolong Org Sus4h..

TASEK GELUGOR: Azizul Abdul rahim, 37 bertugas di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melakukan kebajikan dengan membuka but kenderaan yang mana dipenuhi dengan barang keperluan supaya ia boleh diambil individu yang memerlukan.

“Dalam tempoh 30 minit sahaja, barang keperluan bernilai RM 350 habis kerana terlalu ramai golongan yang terkesan sepanjang PKP ini”

Azizul yang menyusun barang keperluan di ruangan but keretanya berhampiran Pasar Tasek Gelugor.

Pada awalnya, dia melakukan kerja amal secara bersendirian dengan menggunakan wang gajinya bagi membeli barang keperluan dan menghantarnya dari rumah ke rumah kepada individu yang memerlukan sejak 10 tahun lepas. Golongan gelandangan juga tidak disisih.

“Namun, saya dapati permintaan meningkat sejak p4ndemik C0vid-19 dan saya akan cuba membantu mengikut kemampuan”

Menurutnya, dia turut mendapat dana daripada rakannya dan pihak lain yang turut menyumbang bagi menjayakan kerja kebajikan yang dilakukannya itu.

“Saya terdetik nak membantu walaupun gaji saya tidak besar namun saya bahagia dapat meringankan beban individu lain”

Katanya, dia pernah hidup sus4h dan sangat memahami kep3ritan ibu bapanya nak beli barang ketika itu. Pada masa yang sama, dia juga turut dibantu isteri dan anak-anaknya.

Menurut seorang ibu tunggal, Saayah Yusof, 52, dia sangat seronok apabila nampak program sebegini kerana dia sangat memerlukannya akibat daripada terputusnya bekalan makanan selepas perkhidmatan cuci rumah ke rumah yang diusahanya terjejas ekoran C0vid-19.

Dia yang kehil4ngan suami pada 2017 kini membesarkan tiga orang anak perempuan yang berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang kurang upaya (OKU) .

“Dua anak saya juga tidak bekerja pada masa ini dan ia menyebabkan kami susah sedikit tetapi syukur ada ramai yang menghulurkan b4ntuan.”

Sumber: hMetro.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *