[VIDEO] “Allahu Akbar..” Penduduk Terk3jut Lihat Fenomena Kep4la Air Dari Air Terjun Seri Perigi.

YAN – Penduduk di Kampung Perigi di sini dik3jutkan dengan kejadian limp4han air der4s akibat kejadian kep4la air dari kawasan peranginan Air Terjun Seri Perigi di sini pada petang ini.

Penduduk, Zamzurina Ab. Rahman, 45, memberitahu, dia yang berada di rumah terdengar bunyi deruan air yang kuat dari kawasan peranginan tersebut kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

“Saya terus ke kawasan tersebut yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah saya dan mendapati berlaku limp4han air akibat kep4la air yang turun dari air terjun.

“Keadaan air der4s yang turun dari kawasan air terjun itu sangat men4kutkan yang mana air turut melimpah ke beberapa rumah dan chalet berhampiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)


Katanya, kejadian kep4la air itu menyebabkan kawasan peranginan tersebut dipenuhi lvmpur dan k4yu selain permukaan tar jalan turut ros4k.

Menurut Zamzurina, kalangan penduduk bimbang air dari kawasan air terjun itu akan melimpah lagi kerana hujan masih lebat.

Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan, Mohamad Firdaus Mohmad berkata, keadaan yang berlaku sangat t3ruk dan beliau masih tidak mempunyai maklumat jumlah rumah yang terjejas selain sama ada berlaku kem4langan jiwa atau tidak.

“Keadaan hujan masih lebat dan ada maklumat yang saya terima beberapa rumah terletak berhampiran sungai turut dinaiki air,” katanya.


Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *