Fenomena Ikan Puyu Bkn Pet4nda Ki4mat, Bnjir Bs4r. Imam Surau Tampil Jelaskan Apa Sebenarnya Yg Berlaku.

KUALA SELANGOR – Fenomena ikan puyu naik ke darat yang berlaku di Surau Sulaiman, Tanjong Karang di sini kelmarin, sehingga menggemp4rkan penduduk sekitar merupakan fenomena biasa berdasarkan keupayaan ikan jenis berkenaan ‘melomp4t’ keluar dari air.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab memberitahu, fenomena itu juga bukanlah kejadian p3lik tetapi merupakan satu bentuk migr4si ikan puyu yang biasanya berlaku semasa musim huj4n atau waktu-waktu tertentu.

Tangkap layar menunjukkan ikan puyu naik darat di luar sebuah surau di Tanjong Karang kelmarin. Foto – K! ONLINE

“Ikan puyu boleh bertahan menggunakan oks1gen yang ada di udara melalui org4n lab1rin. Selain itu, ikan ini boleh ‘berjalan’ di darat dengan menggerakkan bahagian bawah badannya yang agak rata dan sir1p dada,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai rakaman video tul4r di media sosial sejak kelmarin mengenai ratusan ikan puyu yang naik ke darat ketika musim huj4n.

PENDUDUK menunjukkan lokasi asal ikan puyu sebelum ditemui di pekarangan Surau Sulaiman, Tanjong Karang kelmarin.

Kejadian itu dikatakan berlaku dalam dua fasa bermula pukul 2.30 petang dan 4 petang sehingga berlarutan selepas Isyak dengan ratusan ikan tersebut dikesan berada di pekara­ngan surau dan mampu bergerak sejauh 10 meter.

Malah, kejadian melibatkan ikan spesies air tawar atau nama saintifiknya, Anabas Testudineus itu turut menarik perhatian penduduk Kampung Sungai Sireh dan Sungai Gulang-Gulang.

Imam Surau Sulaiman

Dalam pada itu, Imam Surau Sulaiman, Sapar Rezam Sapri, 44, berkata, keja­dian itu adalah kali pertama berlaku sejak dia bertugas 10 tahun lalu di surau berkenaan.

Katanya, suasana tersebut tidak ubah seperti ‘pest4’ apabila seramai kira-kira 20 orang tidak melepaskan peluang mengutip ikan tersebut yang dianggap rezeki daripada Allah.

Difahamkan, lebih 30 kilogram ikan puyu berjaya dikutip oleh penduduk sekitar.

Beliau memberitahu, pihak­nya enggan mengaitkan 1su itu dengan sebarang isu termasuk b4njir besar atau pet4nda ki4mat sebaliknya sebagai rezeki kepada para penduduk.

“Sebelum ini ada pemancing meletakkan bubu tiga hari, namun hanya tiga ekor ‘melekat’. Ikan puyu kalau dijual harganya mencecahRM18 sekilogram,” ujarnya.

Sumber: K! ONLINE, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *