“Elisya baru 22 tahun..” Baru Je Elisya Sah Bergelar Isteri, Skali Fasha Sandha Luah Sesuatu.

Turut gembira adik kesayangannya Elisya Sandha sudah pun bergelar isteri, pelakon Fasha Sandha tidak melepaskan peluang menitipkan tip dalam rumah tangga.

Fasha berharap pasangan itu akan sentiasa menerima kekur4ngan dan kelebihan masing-masing untuk melengkapi antara satu sama lain.

“Saya berulang kali berpesan kepada Elisya dari mereka bertunang sehingga sekarang. Pesanan saya agar mereka sentiasa menerima kekur4ngan satu sama lain.

“Paling penting, terima kekur4ngan dahulu sebelum kelebihan masing-masing. Sebab setiap pasangan kena saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna tetapi yang penting, masing-masing dapat memberi kebahagiaan antara satu sama lain,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Dalam pada itu, Fasha berkata dia akui terk3jut apabila adiknya itu meluahkan hasrat untuk berkahwin di usia muda namun menganggap jodoh mereka kuat.

“Sejujurnya pada mulanya saya agak terk3jut bila dapat tahu adik dah bersedia untuk berkahwin sebab saya sendiri berkahwin ketika berusia 28.

“Elisya baru sahaja berusia 22 tahun. Tapi apa-apa pun, itu semua kerja Alalh. Jodoh mereka sampai awal..lama sangat bercinta walaupun ‘on off’ tapi jodoh mereka sangat kuat.

“Uzair pun seorang lelaki yang baik dan gentleman. Saya yakin Uzair boleh memberikan kebahagiaan kepada Elisya,” katanya.

Sabtu lalu, Elisya selamat bernikah dengan anak pengarah terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Sumber: Rotikaya, Mstar, IG Fasha Sandha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *