Penduduk Terengganu Dijangka Akan Menikmati Duri4n Dengan Harga Yg Sangat Murah.

Penduduk Terengganu dijangka akan menikmati duri4n dengan harga lebih murah berikutan ketibaan musim raja buah berkenaan di negeri ini.

Berdasarkan kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, pihaknya menjangkakan harga duri4n akan menurun sehingga RM3 sekilogram di negeri ini, bermula Ogos tahun ini.

Penurunan mendadak itu disebabkan oleh bekalan duri4n yang dijangka terlalu banyak, ekoran banyak kebun mengeluarkan hasil.

Che Ghani Che Wan selaku pengarah FAMA berkata bahawa sebanyak 7,080 tan durian akan dihasilkan sehingga September tahun ini.

Che Ghani Che Wan

Selain itu beliau mengulas bahawa pengguna negeri ini akan dapat dapat membeli durian pada harga mampu milik, iaitu di antara RM5 hingga RM8 sekilogram, ekoran lambakan pengeluaran tempatan.

Gambar hiasan

Sebelum ini, harga durian menjadi mahal disebabkan oleh penjual membelinya di luar kawasan dan seterusnya harga jualan runcit meningkat kerana mengambil kira kos pengangkutan.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber: newsagency

[1] Rujukan, Kosmo Online

[2] Gambar 1, FAMA

[3] Gambar 2, Oh My Press

[4] Gambar utama, Berita Harian dan Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *