“Duit bulanan digunakan untuk sedekah…” Shuib Seb4k Ceritakan Kebaikan Siti Sarah Buat Dalam Senyap.

Ketika di awal perkahwinan, Shuib Sepahtu berkongsikan arw4h isterinya, Siti Sarah tidak pernah meng3luh meskipun kehidupan mereka berdepan kesulitan sehingga terpaksa berhut4ng pemberian mas kahwin.

Menerusi sesi live sebentar tadi, Shuib berkata meskipun Sarah sudah popular sebagai penyanyi namun arw4h sentiasa setia bersamanya sehingga ke akhir hayatnya.

“Dalam apa sahaja keadaan baik sus4h dan senang, Siti Sarah tidak pernah tinggalkan saya. Dia tidak pernah m4lu teman saya berniaga di pasar malam ketika sedang h4mil walaupun namanya popular sebagai artis.

“Saya kagum dengan kesetiaannya pada saya, sentiasa beri saya sokongan dan kekuatan. Apa sahaja kejayaan saya hari ini adalah kerana tuah dia. Saya tidak m4lu mengakui saya berkongsi tuah isteri saya,” katanya.

Sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga, Shuib menyifatkan bidadarinya itu seorang isteri yang sangat setia, taat dan begitu menghormati suaminya.

Lebih seb4k, Shuib berkata selama ini banyak kebaikan dilakukan arw4h dalam senyap dengan banyak bersedekah. Katanya, isterinya itu tidak pernah berkira soal duit ringgit dan kasih sayang.

“Terima kasih pada 11 tahun yang luar biasa buat isteri saya. Dia tidak pernah berkira dengan sedekah jariah. Rupa-rupanya banyak kebaikan dibuatnya dalam senyap.

“Duit yang saya bagi pada dia disalurkan pada sedekah dan kerana kemuliaan dia, Allah kurniakan saya rezeki yang melimpah ruah,” katanya.

Reda dengan pemergian isterinya, Shuib berkata Allah hanya pinjamkan isterinya selama 11 tahun sahaja. Ujarnya dia pernah bergurau dengan arw4h isteri mahu meningg4l dalam syahid, rupanya arw4h Sarah yang akan pergi dahulu.

Video Penuh:

“Saya semakin sedar bahawa isteri bukan milik saya, dia milik Allah. Isteri saya hanya dipinjamkan untuk 11 tahun sahaja, namun 11 tahun yang luar biasa.

“Saya redha menerima ketentuan ini dan dalam masa sama saya amat mencembvrui pemergian isteri saya dalam husnol khotimah. Saya pernah bergurau dengan arw4h isteri saya bahawa saya mahu meningg4l dunia dalam sy4hid.

“Rupa-rupanya dia yang ‘pergi’ sy4hid, dia dapat layanan istimewa daripada Allah. Dasyhatnya pem3rgian Siti Sarah Raissuddin ini. Satu persatu Allah permudahkan,” ujarnya.

Sumber: Rotikaya, Youtube, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *