DSV Tawar Nk Byr Semula Ikan Siakap, Skali Pelanggan Tersebut Muncul Ceritakan Perkara Sebenar Yg Terjadi.

Usahawan k0smetik sens4si, Datuk Seri Vida sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila menawarkan diri untuk membayar semula hidangan tengah hari ikan siakap berjumlah RM1738.70 yang tular baru-baru ini.

Menurut pemilik nama penuh Hasmizah Othman, 50, niat murni tersebut disuarakannya bagi membantu pelanggan berkenaan yang telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak hanya untuk hidangan ikan siakap.

“Saya ada baca kisah ikan siakap vir4l. Kebetulan saya masih bercuti di Langkawi, saya rasa terpanggil untuk belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

“Kiranya saya belanjalah makan ikan siakap itu dan nak bayar balik kepada wanita itu. Bolehlah dia dapat duit tersebut semula bagi kegunaan hal lain,” katanya.

Tidak lama kemudian, wanita dikenali sebagai Niena yang merupakan pelanggan tersebut muncul dalam sesi siaran langsung bersama Vida malam tadi.

Menjel4skan dia enggan menul4rkan dan memanjangkan isu, Niena berharap situasi tersebut tidak berlaku kepada individu lain.


“K3s ini kami ketengahkan supaya tiada lagi yang akan diani4ya oleh peniaga tersebut. Kami tiada niat pun nak viralkan hal ini,” ujarnya.

Menol4k dengan baik, Niena memberitahu sebaik-baiknya Vida membelanjakan wang tersebut ke arah kebaikan lain.

“Bukan kami nak s0mbong untuk tak menerima pelawaan Datuk tetapi alhamdulillah rezeki kami masih ada. Kami cuma kec3wa dengan etika peniaga tersebut kerana tidak telus.

“Saya dan rakan-rakan lain sudah sepakat, jika Datuk masih nak berikan wang tersebut, sebaik-baiknya salurkan kepada individu lain atau bantu peniaga-peniaga kecil di Langkawi.

“Kepada peniaga, berniagalah dengan telus kerana Allah SWT. Janganlah ani4ya pelanggan,” pesan Niena lagi.

Video Tersebut: Lihat pada minit ke 34.


Kosmo! pada 5 November lalu melaporkan percutian sebuah keluarga ke Langkawi, Kedah baru-baru ini meninggalkan memori yang tidak akan dilup4kan apabila hidangan tengah hari mereka berjumlah RM1738.70.

Menerusi perkongsian dalam Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.

Sumber: K! ONLINE, IG DSV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *