“Kadang2 rasa menyes4l sbb tak belajar tinggi…” Lelaki Ini Ded4h, Slalu Mn4ngis Di Tmpt Krja Sbb Tak Dpt Bantu Ank2 Belajar..

Baru-baru ini, heboh dalam kalangan rakyat Malaysia susulan cadangan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk mengg4ntung sekolah pelajar yang tidak mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tiga hari berturut-turut.

Namun begitu, rata-rata rakyat tidak bersetuju dan memb4ntah dengan cadangan tersebut termasuklah dalam kalangan ahli pendidikan.

“Hukvman tersebut disifat sebagai cara lama pemikiran pegawai pendidikan penjajah inggeris satu ketika dahulu”-Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (Utusan Malaysia).

Ketika stesen radio Suria.fm membincangkan topik ini dalam Segmen Team Pagi Suria pada pagi Isnin, Hamdan Mohd Isa,51 seorang pembantu am rendah di sebuah sekolah merangkap bapa kepada lima orang anak meluahkan rasanya. Namun begitu, dia tetap bersyukur kerana masih mampu menyara keluarganya.

Dia yang berasal dari Raub, Pahang tidak menyangka ‘suara t4ngisannya’ raih perhatian ramai selepas ke udara. Dia turut akui tiga daripada lima anaknya yang bersekolah bergilir-gilir menggunakan telefon pintar milik isterinya untuk sesi PdPR.

“Isteri saya suri rumah, jadi telefonnya digunakan oleh ketiga-tiga anaknya untuk kelas online. Bukanlah canggih pun, cuma kadang-kadang liputan tidak begitu baik. Kalau kelas anak-anak berlaku serentak, saya akan tinggal telefon saya di rumah dan tidak bawa pergi kerja. Dahulukan untuk kegunaan anak-anak”

Namun begitu, itu bukanlah keris4uannya sebagai bapa akan tetapi dia lebih bimbang tidak mampu memberi tunjuk ajar kepada anaknya yang masing-masing berumur 16, 13 dan 10 tahun asbab tidak berkelulusan tinggi.

” Saya dari keluarga sus4h, ayah seorang peneroka Felda dan ibu suri rumah. Jadi saya hanya belajar setakat tingkatan empat..itupun tak habis sebab tak mampu. Isteri saya lagilah, hanya belajar setakat darjah empat. Keluarga dia pun sus4h juga jadi kami mengharapkan para guru untuk mengajar anaknya”

“Bila anak-anak minta ajar, saya tak reti. Ada juga saya usahakan tapi selalu saja tak betul. Saya sendiri pun tak faham dan tahu memang s4lah. Bila tengok kesusahan mereka buat PdPR, saya kasihankan mereka tapi tidak tunjuk depan mereka. Biasanya saya termenung di tempat kerja dan boleh men4ngis”

Hamdan merupakan golongan B40 dengan gaji bersih bulanan kira-kira RM 1, 300 namun dia tetap sekolahkan anak-anaknya selagi mampu dengan harapan agar mereka tidak menjadi sepertinya yang tidak berpelajaran.

“Kadang saya rasa menyes4l sebab tak belajar tinggi, tak dapat bantu anak-anak belajar. Tapi saya redha sebab saya dulu bukan dari keluarga yang senang”

Apa yang diharapkan Hamdan bukanlah bantuan kewangan, laptop atau telefon akan tetapi merayu agar kerajaan pertimbangkan nasib ibu bapa yang tidak berpendidikan tinggi sepertinya dalam memastikan pelajaran anak-anak terus terjamin.

Dia juga sangat berharap kerajaan membenarkan sekolah dibuka sekiranya keadaan selamat bagi zon hijau dengan mengikuti SOP yang ditetapkan walaupun bergilir-gilir hari ke sekolah. Tambahannya lagi, dia tidak pernah menyal4hkan pihak guru sepanjang proses PdPR malah mereka sangat bagus.

“Dengarlah suara kami, ibu ayah B40 ‘l0w class’ yang tak pandai ajar anak-anak mereka. Saya merayu” rintihnya lagi.

Sumber: UtusanMalaysia, mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *