Disangka Hanya Mitos, Rupa-Rupanya Rusa Tanduk Bercahaya Ini Benar-Benar Wujud?

Sebuah bandar bernama Rovaniemi yang terletak di Finlnad terkenal sebagai rumah Santa yang mempunyai pemandangan yang indah dan ajaib. Namun, bukan hanya itu, anda juga dapat melihat sesuatu yang sangat jarang dilihat ditempat biasa.

Di kawasan ini, anda dapat melihat rusa yang mempunyai hidung dan tanduk yang bercahaya apabila dilihat pada waktu malam.

Sumber nbcnews

Laporan dari Brightside, kewujudan cahaya ini pada tanduk rusa itu juga mempunyai alasannya yang tersendiri.

Tidak ada kena mengena dengan sebarang benda ajaib, ternyata kejadian tanduk rusa bercahaya pada waktu malam itu juga bukanlah daripada perbuatan pelancong.

Tanduk rusa glow in the dark di Finland (facebook.com/Paliskuntainyhdistys)

Sebaliknya, kejadian ini berlaku kerana terlalu banyak rusa yang menghuni kawasan tersebut. Disebabkan itu, terdapat banyak kem4langan yang berlaku membabitkan rusa dengan kenderaan di tempat itu. Juga dikhabarkan terdapat lebih 11 kem4langan dalam 1 hari ditempat tersebut yang melibatkan rusa.

Sumber nbcnews

Tidak hanya rusa, mereka yang memandu kenderaan juga mempunyai ris1ko terc3dera ekoran kemalangan yang berlaku melibatkan rusa. Jadi tidak hairan jika penduduk disini merasakan perlu membuat sesuatu bagi mengelakkan kem4langan daripada terus berlaku.

Pada mulanya, penduduk berfikir untuk meletakkan reflektor di leher rusa, tetapi ini akan menyebabkan sil4u pada penunggang. Sehingga pada akhirnya, penduduk bersepakat untuk mengecat tanduk rusa menggunakan cat ‘glow in the dark’ (cat yang bercahaya pada suasana gelap).

Bermula pada tanduk, kini warna bercahaya itu dapat dilihat dihidung dan sebahagian pada bulu rusa. Penduduk yang melalui kawasan itu juga kini berasa lebih selamat untuk melalui kawasan terbabit kerana rusa-rusa yang berkeliaran di waktu malam kini dapat dilihat dengan mudah dan jelas.

Sumber: bbc

Idea cat tersebut bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa penduduk dan juga rusa dikawasan itu, malahan ia juga dilihat berjaya menarik minat ramai pelancong.

Siapa sangka ‘tuah ayam pada kakinya, tuah manusia siapa yang tahu’. Bermula dari idea menyelamatkan rusa kini menjadi salah satu tarikan perlancongan.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber: suara.com,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *