“Dia layak memakainya..” Tul4r Video Tokti Pakai Jam Tangan Mew4h, Rmai Terkeejut Bila Dpt Tahu Harga Sebenar.

“Dia layak memakainya.”

Itu antara respons orang ramai mengenai video tul4r memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan menggayakan seutas jam tangan bernilai lebih RM1 juta ringgit ketika hadir pada satu pertunjukan fesyen di ibu negara semalam.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu memaparkan Siti melambaikan tangan dan kelihatan jam tangan mew4h bertali berwarna merah itu dipakai pada tangan kanannya.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik akaun berkenaan turut meletakkan foto jam berjenama Richarcd Mille yang dipakai pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu bernilai RM1.1 juta.

Biarpun isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu memakai barangan mewah, dia tidak dilemparkan sebarang kata-kata neg4tif daripada net1zen.

KOMEN seorang peminat dan Iqbal tentang kelibat Siti Nurhaliza memakai jam berharga RM1 juta.

“Dia layak dan mampu, hasil usaha dia jugakan. Bertahun-tahun menyanyi.

“Siti ialah satu-satunya artis yang paling merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dia kaya. Hormat dengan cayanya,” puji seorang peminatnya.

Dalam pada itu, turut menarik perhatian ramai ialah komen daripada bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli yang memberitahu Richard Mille juga antara jenama mewah kegemarannya.

“Siti memang sudah lama memakai jam tangan berharga ratusan dan jutaan ringgit. Ini antara jenama kegemaran saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Kosmo! pada 12 Januari 2009 pernah melaporkan secara eksklusif Siti menerima seutas jam tangan mewah berjenama sama bernilai RM250,000 daripada suami tercinta sempena ulang tahun kelahirannya ke-30.

Sumber: K! ONLINE, Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *