(Video) Dend4m Kerana Pernah Dib4ling Selipar, Monyet Cvri Nombor Plat Kereta 7 Kali.

PETALING JAYA – Dend4m kerana pernah dib4ling selipar dipercayai menjadi punca nombor plat kenderaan seorang wanita dicvri oleh seekor monyet berhampiran rumahnya sebanyak tujuh kali.

Kegiatan monyet itu yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) pemilik kenderaan berkenaan turut dikongsi di laman TikTok, @hhtysm dan mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata terhibur dengan kepintaran haiwan tersebut.

Di dalam dua buah video yang kini tul4r, jelas kelihatan seekor monyet sedang menarik nombor plat sebuah kereta berwarna merah sehingga terc4but sebelum dibawa lari masuk ke dalam hutan.

Menurut wanita itu, kejadian tersebut sudah berlaku sebanyak tujuh kali dan usaha mendapatkan nombor plat itu sering g4gal, malah dia hanya terjumpa sisa-sisa serpihan nombor plat sahaja di belakang rumah.

“Ini antara cubaan kali keberapa tak pasti, dia nak cvri nombor plat kereta. Tapi, dia tak dapat cvri sebab mak aku tempik dia dari dalam rumah. Kebetulan mak nampak dia dekat depan.

“Ini bukti dia cvri nombor plat, dah tujuh kali dia ambil. (Nombor plat) Kereta lain dia tak ambil, kereta ini sahaja dia ambil,” kata wanita tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna TikTok terhibur dengan tindakan haiwan tersebut selain ada yang mengatakan perkara itu berlaku kerana monyet itu mempunyai dend4m dengan pemilik kenderaan berkenaan.

Perkara itu bagaimanapun turut dipersetujui oleh wanita tersebut yang mengaku pernah memb4ling selipar ke arah monyet berkenaan sehingga terkena kepalanya.

“Rasanya dia dend4m sebab hari itu ada b4ling selipar dan terkena kepala dia.

“Tadi polis tahan dekat roadblock (sekatan jalan raya), dia tanya mana nombor plat, lepastu bagitahu monyet cvri polis tu gelak je. Mesti dia tak percaya,” tulis wanita itu di ruang komen.

Di dalam video terakhir, wanita itu turut berkongsi mengenai ikhtiar terakhir yang dilakukan supaya monyet tersebut tidak lagi mencvri nombor plat kenderaan berkenaan dengan memasang skru yang lebih besar pada nombor plat.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *