“Demi kelangsungan hidup..” Tebalkan Muka Berhut4ng, Klau Tak Kami 10 Beranak Akan Berl4par.

KOTA BHARU- Memiliki anak ramai ketika diri bergelut untuk meneruskan kehidupan bukanlah perkara yang mudah. Namun, anak-anak adalah satu amanah Allah dan turut dikatakan sebagai pembawa rezeki dalam sesebuah keluarga.

Mizlinda Diana Hamat, 41, ibu kepada 9 orang anak menyatakan bahawa dia dan suaminya, Mohd Rosdi Yaacob, 46 terpaksa melakukan pelbagai kerja yang termampu demi mencari rezeki.

Menurutnya, suaminya yang dahulunya bekerja sebagai nelayan terpaksa berhenti kira-kira setahun yang lalu berikutan enjin bot miliknya mengalami keros4kan.

“Ada ketikanya saya terpaksa teb4lkan muka berhut4ng untuk membeli barang keperuan asas demi kelangsungan hidup.”

Disebabkan ked4ifan hidup, anak ketiga mereka iaitu Nor Fatin Syafiqah, 13 yang mend3rita peny4kit saluran paru-paru s3mpit terpaksa diserahkan kepada abang iparnya yang menetap di Kuala Lumpur sejak anaknya itu berusia 4 bulan lagi.

Foto: Harian Metro. (Mizlinda bersama suami dan 8 orang anaknya.) 

Demi meneruskan kelangsungan hidup di samping membesarkan lapan lagi anak mereka, mereka difahamkan menjual ikan perhiasan selain melakukan pelbagai kerja kampung seperti memotong rumput dan mengambil upah mengemas rumah dengan purata pendapatan yang diperolahi sebanyak RM 1, 000 sebulan.

Dia yang menetap di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa turut berkata, sepanjang PKP ini, mereka hanya mengharapkan ihsan jiran tetangga dan saudara mara yang menghulurkan b4ntuan makanan untuk kelangsungan hidup mereka 10 beranak.

“Hut4ng di kedai runcit sentiasa ada hinggakan saya berasa m4lu untuk terus berhut4ng makanan namun demi anak-anak saya teb4lkan muka kerana jika tidak, kami akan berl4par,”

“Saya dan suami sudah biasa hidup sus4h, tetapi apabila melihat wajah anak-anak, air mata kerap jatuh kerana tak mampu beri keselesaan buat mereka.”

Tambahan : Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menyalurkan ke akaun Bank Islam 03-018-02-160491-1 (Mizlinda Diana Hamat) atau boleh hubungi di talian 017-9725376.

Terima kasih.

Sumber: bm.cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *