“Dah Hampir Sebulan, Bayang Rumah Pun Tak Nampak Lagi” -Fendy Adlun

Bulan lalu, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun meminta b4ntuan rumah mampu milik daripada pihak berwajib kerana tidak mampu membayar sewa yang m4hal berikutan duit simpanan hampir habis digunakan.

Terbaru, Fendy memaklumkan sudah hampir sebulan dia masih lagi menanti mengenai status permohonan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“‘Bayangan’ rumah yang memang saya harapkan sangat tidak tahu lagi statusnya macam mana. Ikutkan saya, sudah isi segala borang dengan maklumat lengkap diperlukan.

“Cuma, surat akuan sump4h mengatakan saya kerja sendiri tidak dapat disertakan kerana tiada pejabat pesuruhjaya sump4h dibuka sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Foto – Rotikaya

Dalam pada itu, Fendy berkata pihak DBKL sudah beberapa kali menghubunginya namun tiada individu yang boleh dirujuk sehingga urusan tergend4la.

Fendy turut memaklumkan bantuan bulanan dipohon seperti Elaun Pekerja Cacat (EPC) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Baitumal masih belum dapat sebarang jawapan.

“Sekarang ini, saya hanya mengharapkan untuk dapat rumah mampu milik itu sahaja. Ini kerana, bayaran sewa bulanannya tidak tinggi dan jika ada lebihan pendapatan boleh saya buat simpanan masa depan.


“Dapatlah saya berjimat banyak untuk diri sendiri dan anak. Pada zaman Cov1d-19 sekarang ini, saya tak tahu bila situasi p4ndemik ini akan berakhir. Jadi, saya memang kena berjimat-cermat perbelanjaan,” katanya.

Terdahulu, kisah Fendy mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mengunjungi kediaman Fendy untuk menghulurkan b4ntuan.

Malah, Fendy berkata pihak Rina memberitahu akan memastikan permohonannya untuk rumah itu akan diuruskan dalam kadar segera.


Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *