“Cel4ka kau org, bikin aku mcm monyet..” Pengalaman Hollywood Cuma Dibayar $10 Sehari..

Seniman Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Hassan anak kelahiran Taiping, Perak adalah ANAK MELAYU PERTAMA yang berlakon di dalam produksi Hollywood.

Filem berjudul THE SPIRAL ROAD yang ditayangkan pada tahun 1961 ini bersama pelakon terkenal Hollywood, Rock Hudson. Filem keluaran Universal International Studio@ Universal Studio tentang seorang doktor yang mencari penawar peny4kit di sekitar Kepulauan Jawa.

Foto: FACEBOOK

Dikatakan seorang ejen dari Hollywood telah tertarik dengan watak Ibrahim Pendek didalam ALI BABA BUJANG LAPOK (1961) yang ditayangkan pada tahun yang sama. Lantas ejen tersebut menghubungi Shaw Brothers untuk menawarkan watak pembantu kepada pelakon BURL IVES. Pada 18 Ogos 1961, Ibrahim Pendek telah bertolak ke Hollywood selama 54 hari bagi menjalani penggambaran disana. Keberangkatan beliau sebelum menaiki kapal terbang bagaikan pesta dengan kehadiran para pelakon dan petugas dari Malay Film Production.

Foto: Blog

Menurut Ibrahim Pendek, beliau sangat terpegun dengan tahap dis1plin pelakon, walaupun beliau berada tempat asing, namun beliau tidak pernah merasa sunyi kerana layanan dari pihak produksi filem sangat istimewa. Cuma apa yang terkil4n adalah bayaran yang diterima dari produksi Hollywood cuma $10 sehari sahaja sepanjang 54 hari pengambaran.

Foto: Blog

Mungkin produksi Hollywood menganggap itu bayaran yang setimpal dengan watak yang diberikan. Nilai ini ternyata sangat kecil berbanding kerana pihak Shaw Singapura pun bayar pelakon extra $20, inikan pula watak pembantu di produksi antarabangsa. Begitulah sedikit penceritaan pengalaman seniman Ibrahim Pendek ketika berlakon di Hollywood.

“Cel4ka kau orang, bikin aku macam monyet,puhhh! Kau ingat aku prebet ke? AKU SARJAN daah!”

Teks: Mimin

Rujukan: Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik, Berita Harian Singapura – 1961

Sumber: Facebook, Blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *