“Bonda kuat untuk anak-anak…” Kata-Kata Terakhir Arw4h Ibu Buat Rmai Tersentuh.

SUNGAI PETANI – Seorang anak tidak dapat melupakan kata-kata akhir ibunya yang mahu terus kuat mel4wan Cov1d-19, namun insan tersayang itu tetap pergi buat selama-lamanya kelmarin.

Menurut Puteri Naziatul, 27, dia bersama bapa, Mohd. Shuhaimi Shafie, 50, serta sembilan beradik lain sempat menatap wajah ibu, Shariffah Ainon Syed Ariffin, 50, menerusi panggilan video pada 26 Julai lalu.

Katanya, ia merupakan ‘pertemuan’ 4khir dengan ibunya sebelum arw4h meningg4l dunia di Hospit4l Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira pukul 10.30 pagi selepas menerima r4watan selama kira-kira dua minggu.

“Kata-kata 4khir dalam panggilan video itu iaitu ‘bonda buat untuk anak-anak, bonda kuat untuk anak-anak’ masih terngiang-ngiang sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Allahy4rham Shariffah Ai­non yang berasal dari Tik4m Batu di sini meningg4lkan 10 anak berusia antara empat hingga 27 tahun.

ALLAHY4RHAM Shariffah Ainon (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama suami, Mohd. Shuhaimi (kiri), Puteri Naziatul (depan di kanan), menantu serta cucu-cucunya. Foto – K! ONLINE

Menurutnya, semasa panggilan video itu dibuat, arw4h tidak memberitahu bahawa dia akan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan ‘dit1durkan’ ke­rana mungkin tidak mahu anak-anaknya berasa ris4u.

“Kami hanya tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh ibu saudara.

“Ketika itu kami sedikit lega kerana ibu beritahu dia kuat, namun takdir Allah mengatasi segalanya dan ibu telah p3rgi buat selamanya,” ujarnya.

Katanya, mereka sekeluarga mendapat j4ngkitan Cov1d-19 menerusi dua adik lelakinya yang berusia 20 dan 23 tahun yang bekerja di sektor perkilangan di Sungai Petani.

“Pada mulanya dua adik lelaki saya itu mengalami dem4m, namun mereka sangka ia sekadar dem4m biasa.

“Semua ahli keluarga lain kemudian turut dem4m dan me­ngalami gej4la Cov1d-19. Ibu serta seorang adik perempuan berusia 22 tahun pergi ke hospital untuk melakukan ujian saringan dan mereka disahkan positif,” jelas­nya.

Selain mereka sekeluarga, datuk serta nenek sebelah ibu mereka yang tinggal di Kota Kuala Muda dekat sini juga dij4ngkiti v1rus tersebut.

“Datuk juga baru sahaja me­ningg4l dunia pada 25 Julai lalu akib4t Cov1d-19.

“Ketika itu kami sedang menjalani ku4rantin di rumah dan tidak mampu berbuat apa-apa,” jelasnya.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *