“Baik beli kereta..” Lepas EX5 Dijual Pd Hrga RM15k, Kini 125z Pula Dipinta Hrga RM90k.

Yamaha RX-Z harga RM60,000 sudah dijual, Honda EX5 harga RM15,000 katanya juga sudah terjual kini timbul pula satu lagi jenama motosikal yang ditawar dengan harga tinggi.

Yamaha 125z keluaran pertama pula menjadi tul4r di sosial media sejak semalam apabila ditawarkan pada harga RM90,000.

Motosikal tersebut didakwa merupakan model keluaran pertama jenama tersebut telah disalin tukar barangan baru daripada stok lama (NOS) hampir keseluruhan bahagian.

Yamaha 125z yang dikeluarkan sekitar tahun 1998 ke 1999 itu merupakan motosikal yang begitu terkenal kerana bentuk serta kelajuannya yang dikatakan melangkaui zaman.

Motosikal yang ingin dijual pada harga RM90,000. Foto – K! ONLINE

Namun harga yang ditawarkan bagi model pertama ini menjadi pendeb4tan h4ngat di media sosial sejak semalam dan rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan itu.

“Betul model ini dah tiada dalam pasaran, tapi harga yang diberi cukup tinggi. Walaupun barangan dia ori, tapi tak perlu la ‘offer’ sampai harga macam ni,” jelas Ketaro Racing.

“Baik beli kereta aku rasa, kalau dah nak pakai sangat motor ini banyak lagi yang murah, jangan jadi h4mba kepada motor sangat la,” jelas Issey Kave.

“Biarlah dia nak jual m4hal, orang yang tahu saja yang faham kenapa model ini m4hal. Kalau tak mampu diam sudah la. Nak bis1ng buat apa,” kata Saifullah90.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *