“Saya betul-betul terdes4k..” Demi Bapa, Amylea Tepis Rasa M4lu Kibar Bendera Putih.

PETALING JAYA – Menol4k statusnya sebagai seorang selebriti, penyanyi Amylea akhirnya terp4ksa mer4yu kepada orang ramai untuk memberi sumbangan derma kil4t bagi tujuan pembiayaan kos raw4tan bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang menghid4p peny4kit j4ntung.

Kata Amylea, dia terpaksa men3pis rasa m4lu meminta bantuan kewangan daripada orang ramai demi untuk melihat bapanya sembuh seperti sediakala.

“Saya betul-betul terdesak. Bukan sebab tidak mahu hantar ayah ke hospital kerajaan, tapi sebab hospital kerajaan sudah penuh dengan pes4kit Cov1d-19. Jadi ayah terpaksa dimasukkan ke hospital swasta.

“Ketika p4ndemik, saya dan adik-beradik yang lain tidak dapat keluar bekerja. Bapa saya pula tiada insurans,” katanya.

Ujar pelantun lagu Kendati itu lagi, dia bersyukur kerana menerima banyak b4ntuan daripada pelbagai pihak yang tampil menghulurkan pertolongan kepadanya.

Foto – K! ONLINE

Kata pemenang tempat ketiga program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu, bapanya kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Institut J4ntung Negara (IJN) pada petang semalam (Jumaat).

“Kami sekeluarga buntu selepas dua hospital kerajaan iaitu Hospital Ampang dan Hospital Serdang menol4k untuk menerima pes4kit selain daripada pes4kit Cov1d-19

“Memang sebelum ini ayah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, tapi mereka akhirnya terpaksa menol4k untuk melakukan rawatan ke atas bapa nak menyarankan kami supaya menghantarnya ke hospital swasta,” ujarnya.

Terdahulu, Amylea terpaksa mengambil pendekatan memohon sumbangan derma kilat menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Amylea berkata dia memerlukan b3ntuan untuk membayar deposit rawatan bapanya di IJN selepas semua hospital kerajaan menol4k pes4kit lain susulan peningkatan k3s Cov1d-19.

“Adik ipar saya yang sebarkan mesej b4ntuan derma kilat itu menerusi WhatsApp kumpulan kejiranan kami. Daripada situ kami dapat mengumpul sebanyak RM3,000 yang digunakan untuk membayar deposit di IJN.

“Saya juga terima banyak mesej dalam Instagram (DM) daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut sama memberikan sumbangan. Terima kasih pada semua,” ujarnya.

Ujar penyanyi itu lagi, walaupun dia tidak dapat melawat bapanya, dia tetap boleh berkomunikasi dengan lelaki itu menerusi panggilan video.

“Kalau tidak larat, dia akan meminta bantuan jururawat untuk menghubungi kami,” jelasnya.

Kempen ‘bendera putih’ yang tul4r sejak bulan lalu merupakan kaedah yang digunakan oleh masyarakat untuk ‘bersuara’ jika ingin meminta b4ntuan atau sumbangan selepas terjejas akib4t p4ndemik Cov1d-19.

Untuk rekod, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida pernah dikrit1k kerana mempertik4ikan kempen bendera putih kerana berpendapat terdapat golongan yang m4las untuk berusaha untuk mengubah taraf ekonomi sendiri.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *