“Alaa cerita lama…” Ella Tiba2 Ded4h Hubungan Dia Dgn Rashid Sidek Suatu Ketika Dahulu.

Disebabkan pingat emas yang diraih dalam sukan badminton di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, tiba-tiba sahaja nama penyanyi terkenal Ella menjadi bahan usikan netizen.

Nama penyanyi Sekuntum Mawar Merah itu menjadi bualan ramai apabila tul4r sekeping gambar memaparkan dirinya sedang berbual dengan bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek siaran sebuah akhbar sekitar tahun 1990-an.

Dalam foto tersebut, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 55, menunjukkan jari tanda bagus kepada Rashid.

Ella memaklumkan bahawa hubungannya bersama Rashid ketika itu hanyalah sekadar kawan. Foto – K! ONLINE

Disebabkan foto tersebut, kebanyakan netizen memperso4lkan adakah Ella mempunyai hubungan istimewa dengan Rashid.

TANGKAP layar ciapan Ella yang menjawab perso4lan ramai dalam Twitter mengenai hubungannya dengan Rashid sekitar tahun 90-an.

Menjawab pertanyaan ramai, penghibur yang terkenal dengan jolokan Ratu Rock itu menjelaskan hubungannya dengan Rashid hanyalah kawan.

Jawapan tersebut sekali gus men4fikan semua d4kwaan net1zen mengenai gos1p cinta Ella dan Rashid yang pernah menjadi cerita hangat lewat 1990-an.

“Ala cerita lama dan lagipun hanya kawan. Saya ialah peminat anak-anak Sidek,” jawabnya ringkas.

Dalam pada itu, pelantun lagu Rama-Rama itu juga turut menjawab tentang ciapan seorang peminat yang pernah memasang impian untuk melihat dia dan Rashid mendirikan rumah tangga.

“Masa ini semua harap Kak El dengan Rashid ‘menjadi’. Wedding of the year tetapi hanya kawan saja rupa-rupanya,” ciap seorang netizen wanita.

Tidak m3lenting mahupun memarahi wanita berkenaan, Ella bagaimanapun berseloroh bahawa dia tidak mempunyai perasaan terhadap Rashid, sementelah ketika sedang menunggu kehadiran suaminya, Azhar Ghazali yang masih di bangku sekolah.

“Tak sebab saya sedang menunggu suami. Waktu itu dia masih bersekolah,” guraunya ringkas.

ELLA memberitahu dia dan Rashid hanya kawan dan berseloroh ketika ini suaminya masih di bangku sekolah.

Sejak semalam, tul4r beberapa keping foto memaparkan kejayaan Rashid mengharumkan nama negara dalam sukan badminton dalam Twitter, termasuklah fotonya bersama Ella.

Susulan daripada foto tersebut, ramai yang mendakwa Rashid dan pelakon filem Pembvru Bayang itu pernah menjalinkan hvbungan istimewa.

Untuk rekod, Ella mendirikan rumah tangga dengan Azhar yang juga seorang juruterbang pada 7 Julai 2012 di Klang, Selangor.

Pasangan tersebut juga dilaporkan mengambil anak angkat, Shanome Az Zahra, 4, pada tahun lalu.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *