“Ada yang nk kenal hati budi, saya terima…”- Nabila Razali Cari Teman Hidup?

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali yang sudah mencecah usia 29 tahun mengakui tidak terlepas daripada pertanyaan soal jodoh dan perkahwinan.

Bagaimanapun, dia masih belum memikirkan soal kahwin buat masa ini namun tidak menolak jika bertemu jodoh dalam masa terdekat.

“Sebenarnya saya seronok tengok dan dengar cerita Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah berkongsi mengenai anak mereka.”

“Tetapi buat masa sekarang, saya memang betul-betul fokus dengan kerja saya dan tidak terfikir lagi untuk ke arah itu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🥀🥀🥀 (@nabila.razali)

“Namun jika ada yang datang nak mengenali hati budi, saya terima dengan hati terbuka.”

Nabila turut meluahkan rasa syukur kerana dia tinggal bersama ahli keluarganya lebih-lebih lagi pada musim pandemik Covid-19 kini.

“Ada juga hari yang kita mahu berehat untuk mengosongkan minda kerana kadang-kadang kalau kita terlalu meluangkan masa yang banyak dengan telefon, tidak begitu menyihatkan.”

Menurutnya, dia mempunyai ramai anak buah di rumah keluarganya jadi, Nabila tidak akan kebosanan kerana dapat mengajar dan bermain bersama mereka.

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *