Pem3rgian Siti Sarah Sebagai Titik Tol4k, Ini 6 Selebriti Wanita Yg Kini Berhijrah Menutvp Aur4t.

HIJRAH membawa pengertian yang cukup luas maknanya. Dari segi bahasa, hijrah memberi maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain atau lebih kepada gerakan fizikal.

Memetik penulisan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Rasulullah kemudian menukar makna fizikal hijrah kepada maknawi seperti sabdanya yang bermaksud: “Orang yang berhijrah itu adalah dengan meninggalkan l4rangan Allah SWT.”

Hijrah pada diri manusia sering dikaitkan dengan titik perubahan seseorang yang kembali mencari fitrah diri dengan melakukan kebaikan, contohnya berhijab bagi kaum wanita.

Benar, berhijrahlah kerana Allah, bukannya manusia. Tetapi pem3rgian bidadari syurga pelawak Shuib itu dilihat menjadi titik tolak yang menggerakkan hati barisan selebriti wanita berkenaan tampil melakukan perubahan. Foto – KOSMO

Sejak minggu lalu, dunia hiburan yang berduk4 atas perginya seorang bintang bernama Siti Sarah Raissuddin akibat Cov1d-19 membuka 1001 kisah lain yang sebenarnya membuka mata ramai orang tentang kelebihan arw4h ketika hidup.

Bukan sekadar sikap yang gemar bersedekah, taat kepada suami serta ibu penyayang, pem3rgian penyanyi itu meninggalkan impak besar, terutama kepada golongan wanita untuk menjaga m4ruah diri dengan menvtup aur4t.

BETTY, Nana, Izara, Vicha dan Fieya Julia antara yang terbuka berkongsi imej baharu mereka yang kini tampil berhijab.

Sejak kep3rgiannya ke negeri abadi, dunia hiburan yang sebelum itu bermuram durja sedikit terisi dengan warna-warna bahagia apabila beberapa artis wanita tampil melakukan perubahan dengan berhijab.

Benar, berhijrahlah kerana Allah, bukannya manusia. Tetapi pem3rgian bidadari syurga pelawak Shuib itu dilihat menjadi titik tolak yang menggerakkan hati barisan selebriti wanita berkenaan tampil melakukan perubahan.

Hal tersebut dibuktikan oleh pelakon Betty Rahmad yang mengakui, pem3rgian Siti Sarah menjadi asbab buatnya melakukan perubahan yang lebih baik, selain faktor utama apabila hatinya terj3ntik ketika melihat anaknya, Ardy Wira lancar mengaji Iqra.

Berkat Awal Muharam

Sungguh hidayah itu milik Allah dan Dia berhak memberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki. Siapa dan bagaimana kisah silam seseorang itu, bukan atas kefahaman dan hak untuk kita menilainya.

Sejak beberapa hari lalu, nama aktres jelita Izara Aishah juga antara yang paling mencvri tumpuan selepas memuat naik gambar-gambarnya memakai tudung labuh dan menvtup aur4t dengan sempurna.

Dia bahkan bertindak memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertvdung dalam Instagram.

Perubahan Izara menuai banyak pujian, selain ada yang berpendapat, kemanisan hijrah dilalui pelakon itu sudah muncul lama sejak dia lantang bersuara memperjuangkan isu penind4san rakyat Palestin pada Mei lalu.

SITI ELIZAD

Selain Betty dan Izara, seorang lagi pelakon yang memilih jalan menuju keredaan Allah ialah Siti Elizad Sharifuddin yang tampil mengenakan tudung sejak Selasa lalu sempena 1 Muharam selepas menerima hadiah selendang pemberian suami tercinta.

Sama seperti wanita lain, pelakon drama Jalan Ses4t Ke Syurga itu mengharapkan doa daripada peminat agar dirinya kekal istiqamah.

Tidak kurang juga dengan penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan yang tampil mengenakan tudung ketika muncul dalam sebuah video ketika mempromosikan produk sambal yang diusahakannya menerusi Instagramnya.

Nana menjelaskan, dia sebenarnya tidak kuat bercerita mengenai penghijrahannya, namun bersyukur dan berterima kasih atas doa peminat selama ini.

“Saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi sejujurnya sebagai manusia biasa, perubahan perlukan masa dan inilah harinya. Sekali lagi saya mohon doakan yang terbaik dan terima saya seadanya,” katanya yang mendapat dukungan suami tercinta untuk bertudung.

Demi anak, penat

Terkadang, Tuhan menghantar seseorang untuk memberi t3guran kepada hambanya yang ‘lek4’. Ungkapan tersebut sesuai digambarkan dengan situasi yang berlaku kepada pel4wak dan pelakon asal Indonesia, Vicha Saywho.

Ujarnya, dia membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada 14 Ogos lalu selepas berasa m4lu dengan anak-anak apabila menyedari hanya dia yang belum berhijab berbanding ahli keluarga yang lain.

Bagi penyanyi muda Fieya Julia pula, niat dan kehendak untuknya melakukan penghijrahan sudah lama bersarang dalam jiwa. Tinggal lagi, hasrat murni itu disekat perasaan belum bersedia dan bimb4ng andai keputusan tersebut mengg4nggu perjalanan karier.

Akhirnya, pelantung lagu Perasaanku itu nekad dan mengakui sudah pen4t dengan hidupnya sebelum ini (tidak menvtup aur4t).

“Saya betul-betul kenakan hijab bermula Jumaat lalu sebagai hari yang penuh berkat,” katanya.

Sama seperti Izara, penyanyi muda kelahiran Sarawak itu mengambil keputusan mem4dam semua gambar tidak menvtup aur4t miliknya dalam media sosial seperti Instagram.

Keputusan keenam-enam selebriti wanita tersebut memilih jalan mencari keredaan Allah mencambahkan rasa syukur dalam kalangan peminat selain mendoakan jalan mereka sentiasa dipermudahkan dan kekal istiqamah.

Bukan hanya artis, sebenarnya kem4tian Siti Sarah menj3ntik hati ramai wanita lain di luar sana untuk berubah menjadi lebih baik dan menvtup aur4t seperti dilihat dalam aplikasi TikTok dan Twitter.

Sumber: KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *