“48 Jam Untuk Permohonan Maaf Atau Saya Saman” – Siti Nordiana

Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana memberi tempoh selama 48 jam kepada lima individu termasuk dua selebriti iaitu Lan Solo dan Syura Badron untuk membuat permohonan maaf berhubung tudvhan fitn4h dilemparkan kepadanya baru-baru ini.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana berkata, jika mereka g4gal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk memfailkan tuntutan s4man.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)


Difahamkan, semalam Nana melalui peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin juga membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Laporan polis itu dibuat untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berunsur fitn4h yang boleh menjejaskan nama dan reputasinya sebagai artis.

Tambah Abang Azlan lagi, jika tiada sebarang maklum balas diterima daripada kelima-lima individu tersebut, maka tindakan s4man akan diambil ke atas mereka.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila nama Siti Nordiana disebut-sebut dalam sesi IG Live disertai penyanyi, Lan Solo bersama isterinya, Shiela, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Menerusi sesi live tersebut, Shiela meluahkan rasa tidak puas h4ti apabila suaminya, Lan Solo dikatakan menumpang populariti Nana hehingga ada pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepada mereka disebabkan oleh ‘mvlut’ Siti Nordiana.

Sumber: ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *